BERTRAND RUSSELL: BAGAIMANA AKU MENULIS
Oleh: Betrand Russell Terjemahan bebas: A. Muziru Idham Aku tidak boleh berpura-pura tahu bagaimana untuk menulis, atau apa yang seorang pengkritik bijaksana akan nasihatkan untuk baiki tulisan aku. Apa yang aku boleh lakukan adalah dengan menceritakan tentang apa yang aku sendiri telah lakukan. Sebelum berumur 21 tahun, aku ingin menulis dengan gaya John Stuart Mill. Aku sukakan struktur ayatnya dan cara dia bangunkan sesebuah subjek. Tapi, aku ada hasrat berbeza yang – aku rasa – diperoleh daripada matematik. Aku ingin bercakap tentang semua perkara dengan bilangan nombor paling sedikit namun diungkapkan secara jelas. Aku fikir, mungkin aku perlu meniru Baedeker berbanding mana-mana model sasterawi yang lain. Aku akan luangkan waktu selama beberapa jam bagi mencari cara terpendek untuk membicarakan sesuatu perkara tanpa sebarang kesamaran. Demi tujuan ini, aku berusaha sehabis daya untuk mencapai hasil yang terbaik. Tetapi, pada usia 21 tahun, aku mendapat pengaruh baru daripada baka...